Bagi mengelak kekeliruan timbul terutama di kalangan umat Islam,Konvensyen Fiqh Perubatan mengambil inisiatif untuk mengumpul ilmuan-ilmuan dalam bidang fiqh dan perubatan untuk mengupas tajuk atau isu-isu yang penting yang tidak dapat tidak wujud dalam kehidupan kita iaitu isu perubatan. Antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan di dalam konvensyen ini ialah:
1) ETIKA PERUBATAN DI DALAM ISLAM
2) PEMBUNUHAN RAHMAH/ MERCY KILLING
3) PEMBEDAHAN KOSMETIK
4) HUKUM PENGGUNAAN BENDA- BENDA HARAM DI DALAM PERUBATAN
5) PERTUKARAN JANTINA DI DALAM ISLAM
6) PENGGUNAAN DNA DI DALAM ISLAM
7) PENGGUGURAN KANDUNGAN
8)HUKUM PENGEMBALIAN DARA
9) PERUBATAN MODEN & ALTERNATIF MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
Tuesday 8 May 2012
Friday 14 October 2011
Assalamualaikum
InsyaAllah...Konvensyen Fiqh Perubatan ini masih lagi dalam perbincangan dan marilah sama-sama kita doakan supaya usaha murni untuk menjayakan satu program yang penuh manfaat ini dapat diteruskan. Objektif utama program ini adalah untuk membincangkan dan mengupas isu-isu dalam bidang perubatan yang tanpa kita sedar, kita juga terlibat dalamnya. Pihak kami amat mengalukan-alukan penglibatan dan sokongan daripada anda terutamanya mereka yang berkait rapat dalam bidang perubatan seperti daripada hospital kerajaan seluruh Malaysia, hospital swasta, jabatan kesihatan negeri, institusi pengajian tinggi dan lain-lain. Program ini adalah terbuka kepada mereka yang amat mementingkan pengetahuan hukum-hakam Islam dalam kita menjalani kehidupan kita seharian.
Subscribe to:
Posts (Atom)