Friday 14 October 2011

Assalamualaikum


InsyaAllah...Konvensyen Fiqh Perubatan ini masih lagi dalam perbincangan dan marilah sama-sama kita doakan supaya usaha murni untuk menjayakan satu program yang penuh manfaat ini dapat diteruskan. Objektif utama program ini adalah untuk membincangkan dan mengupas isu-isu dalam bidang perubatan yang tanpa kita sedar, kita juga terlibat dalamnya. Pihak kami amat mengalukan-alukan penglibatan dan sokongan daripada anda terutamanya mereka yang berkait rapat dalam bidang perubatan seperti daripada hospital kerajaan seluruh Malaysia, hospital swasta, jabatan kesihatan negeri, institusi pengajian tinggi dan lain-lain. Program ini adalah terbuka kepada mereka yang amat mementingkan pengetahuan hukum-hakam Islam dalam kita menjalani kehidupan kita seharian.

Tuesday 4 October 2011

Ilmuan

KONVENSYEN FIQH PERUBATAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA

Anjuran: HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR

Pada     : 19 - 20 September 2012
Hari      : Rabu dan Khamis
Tempat : Dewan Majlis Bandaraya, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

INSYAALLAH,..BERSAMA TOKOH-TOKOH ILMUAN TANAH AIR, dalam membincangkan isu-isu perubatan mengikut fiqh Islam:

1) PROF. MADYA DATO' PADUKA SYEIKH BADERUDDIN B. HAJI AHMAD
    ( Mufti negeri Kedah)

2) DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
    ( Bekas penyarah USIM, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Terengganu dan Pengerusi Majlis
      Syariah Bank Pertanian Malaysia)

3) DR. ABDUL BASIT ABD. RAHMAN
    ( Pensyarah KIAS dan Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan)

4) DR.ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN
   ( Pensyarah UIA dan Konsultan Syariah)

5) DR. ZAHAZAN MOHAMED
   ( Pensyarah UIA dan Konsultan Syariah)

6) USTAZ FAUWAZ DATO' FADZIL
   ( Bekas Pensyarah KUIN dan Penulis Buku)

7) DR. JUANDA JAYA
   ( Mufti negeri Perlis)

8) PROF. MADYA DR. HARLINA HALIZAH HJ. SIRAJ
  ( Profesor Madya ( klinikal) dan Ketua Unit Perkembangan Kendiri dan Profesionlisme di UKM dan
    Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia)

9) DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB
   ( Pegawai Perubatan di Jabatan Pembedahan Am Hospital Selayang)

10) PROF. MADYA DR. SHARIFAH NOR HAYATI BT SYED ISMAIL
     ( Pensyarah UM dan Pakar Motivasi)

11) DATO' DR. HARON DIN  - PENAMPILAN ISTIMEWA
    ( Pengasas Pusat Perubatan Islam Darussyifa')



*tertakluk kepada perubahan

Wednesday 28 September 2011

Justifikasi

Sebagai sebuah organisasi dan institusi yang menjalankan tanggungjawab dalam memberi perawatan kepada masyarakat, Hospital Sultanah Bahiyah telah merancang konvensyen ini untuk dilaksanakan bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Tambahan itu, ini bagi memenuhi tuntutan agama dalam menyebarkan dan menyampaikan hukum yang sebenar  khususnya berkaitan dalam bidang perubatan kepada masyarakat. Oleh itu, program ini adalah suatu yang kritikal juga untuk dilaksanakan demi maslahah ummah pada masa hadapan.